click click click

Sunday, February 23, 2014

kisah di pagi hari

"Kisahnya begini. Suatu hari, aku sudah terlambat untuk ke tempat kerja dan enjin kereta rosak. Lalu, aku membuat keputusan untuk menaiki teksi sahaja. Pemandu teksi tersebut cumalah sekadar seorang pakcik tua. Aku berbual sedikit sebanyak dengan pakcik tua tersebut mengenai keluarga, pekerjaan aku. Perkara-perkara biasa yang biasa dibualkan, tidak terlalu peribadi. Sampai di tempat kerja, aku bergegas keluar dari teksi memandangkan aku sudah terlambat. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya aku dompet aku tercicir di dalam teksi tersebut. Aku hanya menyedarinya selepas meeting. Aku tidak keruan. No plate teksi semua aku tak ingat, apatah lagi untuk mengingati nama penuh pakcik tersebut. Namun, tidak lama kemudian, receptionist telefon memberitahu ada orang menunggu aku sejak dari tadi di bawah. Hujan lebat ketika itu. Rupa-rupanya pakcik teksi tadi sedang menunggu untuk berjumpa aku. Beliau tidak dapat masuk ke perkarangan ofis aku kerana tidak mendapat kebenaran guard. Dengan sekadar beralaskan baju hujan, beliau masuk setelah beliau Nampak aku keluar di pintu utama ofis untuk melihat siapa yang mahu berjumpa aku tadi. Pakcik teksi dating dan menyerahkan dompet aku. Itupun, dibalut dengan plastic kerana tidak mahu dompet itu basah terkena air hujan."



Ripped off from the conversation I’ve heard on the radio in one morning, on my way to work couple of years back. I cried listened to this story. According to the caller, he still is in contact with the cab driver and his family. Sincerity. It’s such a big word to honour, not just to others but to ourselves too. True love for oneself and others will fulfill us. :)