Pukul 3 pagi, hari Rabu, bulan Januari.
Tips: Kalau ada masalah tak boleh tidur dan internet lembab di masa yang sama, adalah dinasihatkan untuk standby novel, buku buku ilmiah, save as entri-entri blogger pilihan anda supaya boleh baca bilamana tak boleh tidur. Pilihan lain, boleh juga on TV tengok lah cerita apa2 yang menarik di astro sebab of course kalau diharap channel yang tersedia mungkin tak ada siaran dah waktu sekarang.
Pilihan yang paling tepat dan menguntungkan tentulah membuat solat tahajjud, qiamullail atau membaca Al-quran.
Dan aku, aku pilih pilihan yang kurang menguntungkan tetapi insyaAllah harapnya ada ilmu bermanfaat yang masuk. Aku pilih bahan bacaan, dan kemudian selalunya akan ada mood utk tulis sikit2 kat blog.
Dulu, waktu sekolah rendah pernah kena panggil ke bilik guru. Waktu tu, aku dan kawan-kawan tunjuk besar kepala sikit kat sekolah. Bukan apa, kami paling senior kot, darjah 6 tu. Lagipun, waktu tu budak-budak. Orang lain fire kita, kita fire balik. Sekarang ni mungkin konsep tu dah bertukar kepada orang fire, kita balas dengan simbahan air. Cool beb.
Ceritanya, aku dipanggil di bilik guru sebab ada aku bergaduh dengan beberapa orang budak ni. Bukan aku sorang je yang gaduh, beberapa kawan aku pun gaduh jugak dengan depa depa (mereja/dorang) ni. Kononnya pasal isu politik. Hello! Agak2 lah. Budak darjah 6 bukan tahu apa sangat (waktu tu la, dalam situasi aku. Sekarang ni aku tak pulak sebab darjah 6 sekarang advance dalam banyak benda).
Perbalahan antara mulut tu bermula bila beberapa orang classmates aku ni mengejek sukan komanwel. Instead of sebut komanwel, depa dok sebut koman sewel. Oh, itu sudah bikin hati panas sebab aku excited kot tengok dan support sukan tu diadakan kat Malaysia. Aku tak ingat sangat macam mana isu tu boleh timbul antara aku dan beberapa orang rakan aku dan depa tu yang pastinya tuduhan yang kata pembinaan stadium tu slh satu sebab ekonomi meleset tu yang buat aku buka mulut.
Dasar seorang budak-budak, kalau ada fakta yang kita rasa salah kita mesti nak tanya kan. Dan kemudian membentangkan buah fikiran kita. Aku baca dalam paper lain, ni apasal diorang tuduh lain. Lepas tu, meleret lah kepada sedikit pemimpin utama negara pada waktu tu,TM. Arwah atok ada dua tiga kali bawa aku pergi dengar ucapan beliau. Tapi bukan ucapan kempen pilihan raya lah, cuma syarahan ekonomi Malaysia dan sebagainya. Selain tu, hampir setiap tahun harus dengar ucapan beliau di kaca TV pada hari kemerdekaan sebab kena buat karangan. Cikgu BM sekolah aku dulu selalu mintak untuk buat karangan pasal sambutan hari kemerdekaan kita. Secara tak langsung, aku tahulah sikit-sikit status ekonomi negara, dan updates macam sukan komanwel dan sebagainya. Aku pun huraikan kepada kawan2 aku ni dan ternyata mereka ini mungkin terpengaruh dengan cakap2 orang tua di kedai kopi atau di rumah mereka yang memilih parti bulan. Tak kisahlah kan parti bulan ke dacing ke, tapi amatlah sangat tak sesuai utk mengutuk orang tanpa usul periksa. Hence, perbalahan itu pun berlarutan.
Cikgu panggil aku dan kawan2 aku yang kononnya bercakap pasal politik di kelas. Nak kata kena marah tu tak lah, tapi kena sound jugak la. Hehe..
Tapi yang aku nak sampaikan di sini adalah, pentingnya kita mengetahui isu semasa so tak lah kita membuta tuli terima apa saja yang kita dengar.
Kedua, aku tak nampak alasan kuat kenapa nak kena benci pemimpin parti lain dan menggunakan kata-kata kesat utk mereka secara terang-terangan. Belief system orang bukan kita boleh ubah macam ubah saluran tv.
Ketiga, tak payah nak tengok keburukan sesuatu benda sahaja malah elok belek2 side positif perkara tertentu juga.
Keempat, dedahkan budak2 dengan options dan pilihan2 dengan byk benda supaya otak mereka lebih berkembang. Kalau tak puas hati apa-apa pasal politik negara, tak payah bincang depan anak-anak. Bagi persepsi buruk pada mereka kalau tidak dijelaskan dengan betul.
Till then. tata